Pasukan Pengakap 1024

Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien

Sunday, April 02, 2006

Pada 31hb Mac 2006 yang lalu AJK telah merombak semula Jawantankuasa Unit Pengakap Remaja. Tujuan merombak semula Jawantankuasa Unit Pengakap Remaja 2005/2006 ini ialah untuk memberi laluan kepada ahli-ahli baru untuk sama-sama merasai tanggungjawab yang dipikul oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdahulu. Dan berharap dengan lantikan baru bagi sesi 2006/2007 ini akan terus maju dan berjaya dimasa hadapan kelak.

Manakala bagi Jawatankuasa Induk Pasukan Pengakap 1024 hanya terdapat beberapa perubahan dalam Bahagian Perancangan dan Bahagian Perhubungan Awam dimana Ketua dalam kedua-dua bahagian ini adalah kerana jawatan.

Dengan beberapa perubahan ini pihak Pasukan Pengakap 1024 , berharap AJK ini akan berganding bahu bersama-sama memajukan pasukan.

Sekian.

Berikut ialah senarai AJK

JAWATANKUASA INDUK PASUKAN PENGAKAP 1024
Penaung
Pengetua
Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien

Penasihat
Majlis Pemimpin

Pengerusi
Cikgu Zulhisham

Jawatankuasa Tugas-tugas Khas
(Ahli Jawatankuasa yang dilantik)

Setiausaha
Aliyous Jeram

Bahagian Kewangan
Md Syahmi

Bahagian Kelengkapan
Md Yussof bin Sharazuddin

Bahagian Perhubungan Awam
(Ahli Jawatankuasa yang dilantik)

Bahagian Keugamaan
Md Nurol Yazrin bin Hj Yakop

Bahagian Disiplin
Md Arif bin Abd Hadi/Hj Abd Aziz

Bahagian Perancangan
(Ahli Jawatankuasa yang dilantik)

Ahli-ahli
Unit Pengakap Remaja
Majlis Ketua-ketua Patrol


Struktur Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja
Penasihat
Pemimpin Pasukan Pengakap Remaja 1024
Skipper Razali bin Ramli

Pengerusi
Nurul Syafiq bin Tahir

Setiausaha
Md Aiman bin Haji Abdullah

Bahagian Kewangan
Fadzil Azwin bin Tanga

Bahagian Kelengkapan
Ak Zul Fikri Ryimdhan bin Pg Hj Hamdani
Azmi Nasir


Bahagian Perhubungan Awam
Md Kamaluddin bin Sabli

Bahagian Keugamaan
Md Khairulanuar bin Omarali

Bahagian Perancangan
Penolong Pemimpin Unit Pengakap Remaja

Friday, February 24, 2006

PPNBD hantar 3 wakil ke forum di Jepun

Oleh Sim Y. H.


Rombongan bergambar ramai sebelum berlepas ke Jepun.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Dua anggota pengakap dan seorang pemimpin pengakap hari ini berlepas ke Jepun untuk menyertai Forum Pengakap Antarabangsa 2005/2006.

Forum anjuran Persatuan Pengakap Jepun disertai pengakap-pengakap dari 26 negara termasuk 24 negara Asia Pasifik, Jepun dan Amerika Syarikat.

Rombongan pengakap Brunei terdiri daripada ketua rombongan Mohammad Haji Suhaili dan dua anggota pengakap, Abu Shymi Abid Jumat dan Mohammad Arif Abdul Hadi.

Rombongan itu akan berada di Jepun selama dua minggu sehingga forum berakhir pada 7 Mac ini.

Forum berkenaan diadakan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai perlaksanaan persatuan pengakap dari negara-negara yang mengikutinya serta mengenai kemajuan yang dicapai setiap persatuan pengakap.

Forum itu juga diharapkan akan memberikan pendedahan kepada para peserta tentang perkembangan baru yang diterajui dan meningkatkan persefahaman bersama di kalangan persatuan pengakap yang menyertai forum.

Rombongan pengakap itu juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik semasa mereka berada di Jepun dan lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota pengakap mengenai budaya masyarakat Jepun.

(Keluaran Media Permata Hari Jumaat, 24hb Februari 2006)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MOHAMMAD ARIF BIN ABD HADI KERANA TERPILIH UNTUK MEWAKILI NEGARA KE JEPUN
Daripada:
Pasukan Pengakap 1024

Thursday, February 16, 2006

Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-22

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-22 akan diadakan pada 23hb Februari 2006 bersamaan dengan 24 Muharam 1427 H dengan tema "Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa". Jadi sama-samalah menyambutnya dengan gembira.

Tuesday, February 07, 2006

Aktiviti Bulanan

BULAN FEBRUARI

3hb Feb 06 (Jumaat)
2.00-2.30 - Ahli-ahli datang
2.30-2.45 -'Flag Break
2.45-3.00 -Taklimat
3.00-3.30 -Kawad (BS Lama)
3.30-3.40 - Rehat
3.45-4.00 -Taklimat/Mesyuarat
4.00-4.30 - Games
4.30-4.45 - Rehat
4.45-5.00 - ‘Flag Down'
Nota:

B.S (3.00-4.00 petang)

  • Ulangkaji pelajaran yang lepas
  • Belajar Ikatan(6 ikatan asas & satu extra)
  • Menyanyi

Venture

  • Memperhalusi kawad
  • Ikatan (Ulangkaji & Ikatan Baru)
Lain-lain

Latihan Hari Kebangsaan bagi tahun 2006 hanya untuk a
hli-ahli yang terpilih (4hb Februari 2006)

****************************************************

10hb Feb 06 (Jumaat)
2.00-2.30 - Ahli-ahli datang
2.30-2.45 -'Flag Break
2.45-3.00 -Taklimat
3.00-3.30 -Kawad (BS Lama)
3.30-3.40 - Rehat
3.45-4.00 -Taklimat/Mesyuarat
4.00-4.30 - Games
4.30-4.45 - Rehat
4.45-5.00 - ‘Flag Down'
Nota:

B.S (3.00-4.00 petang)

  • Ulangkaji pelajaran yang lepas
  • Tajuk: 2. Tabik &Salam Pengakap (30 MINIT setiap satu)
  • S.S.A/A.S.S.A – Latihan (Senior B.S)

Venture

  • Venture Scout berkumpul bersama pemimpin untuk berbincang bagi persediaan Pengembaraan ke Bukit Bujang Pahang, Kg Menunggol (12hb Februari 2006)
  • Ulangkaji dalam beberapa pekara:
    1. Ikatan
    2. Kawad
Lain-lain

Latihan Hari Kebangsaan bagi tahun 2006 hanya untuk ahli-ahli yang terpilih di Maktab (Latihan Menari dan Kawad)

****************************************************

17hb Feb 06 (Jumaat)
2.00-2.30 - Ahli-ahli datang
2.30-2.45 -'Flag Break
2.45-3.00 -Taklimat
3.00-3.30 -Kawad (BS Lama)
3.30-3.40 - Rehat
3.45-4.00 -Taklimat/Mesyuarat
4.00-4.30 - Games
4.30-4.45 - Rehat
4.45-5.00 - ‘Flag Down'
Nota:

B.S (3.00-4.00 petang)

  • Uangkaji pelajaran yang lepasTajuk: 3. Istiadat Pengakap-Pengenalan
    • 3.1. Istiadat Pembukaan Rasmi (Teori 20 min & Praktikal 20 min)
  • S.S.A/A.S.S.A – Latihan (Senior B.S)

Venture

  • Ulangkaji dalam beberapa pekara:

    1. Ikatan
    2. Kawad
Lain-lain


  • Latihan Hari Kebangsaan bagi tahun 2006 hanya untuk ahli-ahli yang terpilih di Maktab (Latihan Menari dan Kawad)
  • 22hb Februari 2006, berkumpul di Balai Ibadat Ibu Pejabat PPNBD untuk membaca Doa Kesyukuran
  • Hari Kebangsaan bagi tahun 2006 kali ke-22
****************************************************

Perhatian:
  • Perjumpaan Mingguan untuk Minggu-4 ditiadakan kerana Hari Kebangsaan kali ke-22

Saturday, February 04, 2006

Perjumpaan Mingguan Bulan Februari

Minggu Pertama

Jumaat, 3hb Februari 2006

Pada minggu ini cuma 20 orang ahli datang dalam perjumpaan ini akan tetapi alhamdullilah, beberapa ahli-ahli pasukan memberikan komitmen yang tinggi. Perjumpaan ini seperti biasa dimulakan dengan 'Flag Break' dengan Abd Azim dan Zulaznie diberikan tugas untuk menjalani upacara tersebut. Dibawah adalah beberapa aktiviti yang dijalankan oleh ahli lama dan baru.

Ahli Baru:
  • Menceritakan pengalaman perkhemahan yang baru berlangsung.
  • Belajar enam ikatan asas
  • Kawad
Ahli lama:
  • Kawad
  • Belajar sorakkan baru
Selain itu juga semua ahli-ahli bergembira sambil bermain berapa permainan seperti:
  • Pindahkan botol
  • Cowboy game
  • Chap kali chap
Setelah semuanya selesai Perjumpaan Mingguan, Istiadat Menurunkan Bendera pun dijalankan.

Sekian

Thursday, February 02, 2006

Perkhemahan suai kenal pengakap

Oleh Imelda Farrah Zohre HA


Para peserta khusyuk mendengar taklimat.


Bermacam-macam aktiviti telah pun disediakan untuk para pengakap.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Kira-kira 200 anggota Persatuan Pengakap memulakan Perkhemahan Suai kenal Anggota-anggota Baru Pengakap hari ini yang berlangsung di Tapak Latihan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Perkhemahan yang akan berakhir pada 31 Januari nanti adalah anjuran Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Zon yang diadakan buat kali ke-4 tahun ini.

Ia dihadiri oleh semua anggota baru dan lama pengakap yang terdiri daripada pelajar sekolah kerajaan dan swasta di daerah Brunei dan Muara yang diketuai oleh Skip Persekutuan Pengakap.

Bermacam-macam aktiviti telah pun disediakan untuk para pengakap sepanjang perkhemahan tersebut.

Perkhemahan ini dianjurkan selaras dengan prinsip dan dasar Persekutuan Pengakap Brunei yang mahu membentuk pengakap yang bersedia dalam semua hal sejajar dengan cogan katanya "Selalu Sedia".


Anggota pengakap teruskan hari kedua perkhemahan

Oleh Rafidah Jumat



Anggota pengakap bersiap sedia meneruskan pelbagai aktiviti ketika memasuki hari kedua perkhemahan suai kenal pengakap sekolah rendah dan menengah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Seramai 326 anggota pengakap dari 11 buah sekolah rendah dan menengah yang menyertai perkhemahan suai kenal keempat bagi anggota pengakap baru daerah Brunei dan Muara meneruskan aktiviti mereka yang memasuki hari kedua hari ini.

Antara lain aktiviti mereka memuatkan acara menaikkan bendera, persetiaan dan undang-undang pengakap, pertolongan cemas, menyelamatkan diri dalam hutan, halangan, persediaan sambutan awal dan akhir tahun hijrah serta ceramah agama.

Dalam temu bual dengan Media Permata, salah seorang pemimpin kumpulan 1012, Zulhezam Haji Abdullah dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong, berkata anggota pengakap terbanyak yang menyertai perkhemahan adalah dari sekolahnya berjumlah 85 orang.

Aktiviti pengakap itu memang digalakkan setelah kegiatan luar sekolah dikuatkuasakan oleh pihak sekolah, tambahnya.

Melalui perkhemahan itu, katanya anggota pengakap dapat membentuk keperibadian yang mulia melalui pelbagai aktiviti jasmani, rohani, akal dan sosial sejajar dengan cogan kata persekutuan pengakap Selalu Sedia.

Perkhemahan yang diadakan di Tapak Latihan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam selama tiga hari antara lain bertujuan memberikan pengenalan secara tepat kepada anggota baru tentang pergerakan pengakap, menanam semangat setia kawan di kalangan anggota walaupun dalam berlainan pasukan, menghormati pemimpin dan anggota biasa dan melatih setiap anggota mematuhi peraturan serta undang-undang.

(Rujukan dari Media Permata; 30hb Januari 2006 & 31hb Januari 2006)

Saturday, January 28, 2006

Perjumpaan Mingguan bagi minggu ke-4

Pada hari Jumaat, 27hb Januari 2006 bertempat di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien Pasukan Pengakap 1024 telah mengadakan Perjumpaan Mingguan bagi minggu yng ke-4. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh pasukan pada hari tersebut.

Dua pengakap bertugas iaitu Aiman dan Najib Abd Hamid telah ditugaskan untuk menjalani "Flag Break".

Ahli-ahli baru: Belajar mengenai Persetiaan, Undang-undang & Pakaian Seragam. Selain itu juga mereka belajar mengenai ikatan dan asas perbarisan. Juga diselitkan beberapa sorak seperti Tepuk Pengakap dan Tepuk Maharani.

Ahli-ahli lama: Mengulangkaji ikatan dan kawad serta membincangkan mengenai Perkhemahan Suai Kenal Gabungan kali ke-4 Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara.

Setelah semuanya selesai Perjumpaan Mingguan telah disudahi dengan Surah Wal'as dan Istiadat Menurunkan Bendera pun dijalankan.

Terima kasih diucapkan kepada beberapa ahli-ahli lama yang telah mengajar ahli-ahli baru mengenai kawad dan ikatan.
Sekian.

Wednesday, January 25, 2006

Pengambilan Ahli-ahli Baru 2006


Pada hari Jumaat, 20hb Januari 2006 yang lalu Pasukan Pengakap 1024 telah mengadakan taklimat bagi Pengambilan Ahli-ahli Baru bagi Sesi tahun 2006 yang bertempat di Auditorium Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien. Seramai 16 orang ahli-ahli baru masuk untuk menyertai Pasukan ini. Akan tetapi Pasukan Pengakap masih membuka penyertaan kepada penuntut-penuntut Pasukan Pengakap 1024 hingga bulan Februari ini Dibawah adalah sebahagian gambar-gambar yang telah diambil pada hari tersebut.


Pemimpin Pasukan
Skipper Alpian bin Haji Daud


Arif..


Macam ani ehehe.. :p


Apa ada diatas..???


Ahli-ahli lama menunjukkan beberapa cara untuk berkawad



Beberapa ahli-ahli baru


Kenapa senyum? Ada ni..? ;P

Yeah aku berjaya...

Yussof & Syazwi

Pasukan Pengakap 1024 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Pengakap 1036 Sekolah Menengah Awang Semaun kerana menyediakan peralatan Abseiling kepada Pasukan ini untuk demo kepada ahli-ahli baru kami.
Sekian
Setiausaha Pasukan

Jawatankuasa Pasukan Pengakap 1024



JAWATANKUASA INDUK PASUKAN PENGAKAP 1024

Penaung
Pengetua
Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien

Penasihat
Majlis Pemimpin

Pengerusi
Md Arif bin Hj Abd Aziz/Abd Hadi

Setiausaha
Aliyous Jeram

Bahagian Kewangan
Fadzil Azwin

Bahagian Kelengkapan
Md Yussof bin Sharazuddin

Bahagian Perhubungan Awam/Permakanan
Md Kamaluddin bin Sabli

Bahagian Keugamaan
Md Nurol Yazrin bin Hj Yakop

Bahagian Perancangan
Altermezi bin Hj Daud

Bahagian Pengambilan(Pemangku)
Md Aiman bin Hj Abdullah

Ahli-ahli
Unit Pengakap Remaja
Majlis Ketua-ketua Patrol


Struktur Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja

Penasihat
Pemimpin Pasukan Pengakap Remaja 1024
Skipper Razali bin Ramli

Pengerusi
Md Arif bin Haji Abd Aziz/Abd Hadi

Timbalan Pengerusi


Setiausaha
Aliyous Jeram

Bahagian Kewangan
Fadzil Azwin bin Tanga

Bahagian Kelengkapan
Md Yussof bin Sharazuddin

Bahagian Perhubungan Awam
Md Kamaluddin bin Sabli

Bahagian Keugamaan
Md Nurol Yazrin bin Hj Yakop

Bahagian Perancangan
Altermezi bin Hj Daud

Ahli-ahli
Md Azmi bin Nasir
Md Aiman bin Nasir
Nurul Syafiq bin Tahir
Muhd Khalid bin Emran
Abd Halim bin Hj Aliamat
Fizzul Nadzwin bin Tangga

Tuesday, January 24, 2006

Abseiling

Pada Jumaat yang lepas, 20hb Januari 2006 Pasukan Pengakap 1024 telah mengadakan aktiviti Abseiling di Ibu Pejabat dengan Pasukan Pengakap Awang Semaun 1036. Dibawah beberapa gambar yang telah di ambil pada hari tersebut.


Khalid,Yussof dan Aiman


Arif


Zainuddin

Untuk gambar-gambar lain sila lawat
http://pasukanpengakap1024.cjb.net
atau
http://www.freewebs.com/altyus

Tuesday, January 17, 2006

Pengambilan Ahli-ahli Baru

Untuk semua penuntut Maktab S.O.A.S samaada belum ataupun sudah mendaftar supaya akan dapat datang pada:

Tarikh: 20hb Januari 2006
Hari: Jumaat
Jam:8.00 hingga 11.00 pagi
Pakaian: Bebas berkasut


Harap maklum.
Setiausaha Pasukan

Monday, January 16, 2006

Perkhemahan Suai Kenal Gabungan 2006 Daerah Brunei Muara

Kepada semua ahli-ahli Pasukan Pengakap terutama sekali kepada yang baru mendaftar jika berkeinginan untuk mengikuti aktiviti Perkhemahan Suai Kenal Gabungan 2006 Daerah Brunei Muara, supaya akan dapat datang pada Perjumpaan Mingguan pada 27hb Januari 2006 bertempat di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg. Kepada penuntut-penuntut pula yang belum mendaftar abiskita boleh datang pada hari yang sama.

Sunday, January 08, 2006

Aktiviti Bulanan

BULAN JANUARI

6hb Jan 06(Jumaat)

8.00- Pemeriksaan Pagi
8.15-8.30-'Flag Break'
8.30-9.00- Taklimat 9.00-9.30-Kawad
9.30-9.40-Rehat
9.45-10.00-Mesyuarat 10.00-10.30-Mesyuarat
10.30-10.45-Taklimat Akhir
10.45-11.00-'Flag Down'
Nota:
o Membincangkan mengenai Bagi Pengambilan ahli-ahli baru bagi
Sessi Tahun 2006
o Membincangkan beberapa pekara dan aktiviti yang telah disusunkan oleh AJK untuk tahun 2006
o Kawad – mengulangkaji
o Ikatan – mengulangkaji
Lain-lain:
*Perlawanan Badminton(Friendly)
HOLIDAYS
10hb Jan 06 bersamaan 10 Zulhijjah 1426 Hijrah, Hari Raya Aidiladha (* Tertakluk pada perubahan)


13hb Jan 06(Jumaat)

8.00- Pemeriksaan Pagi
8.15-8.30-'Flag Break'
8.30-9.00- Taklimat 9.00-9.30-Kawad
9.30-9.40-Rehat
9.45-10.00-Mesyuarat 10.00-10.30-Mesyuarat
10.30-10.45-Taklimat Akhir
10.45-11.00-'Flag Down'
Nota:
Boy Scout
o Kawad – mengulangkaji
o Ikatan – mengulangkaji
o Membincangkan tentang Pengambilan ahli-ahli baru bagi
Sessi Tahun 2006
Venture
• Venture berkumpul membincangkan aktiviti bagi tahun 2006 untuk Unit Venture
• Membincangkan struktur unit


20hb Jan 06 (Jumaat)

Taklimat Bagi Pengambilan ahli-ahli baru bagi Sessi Tahun 2006 di Auditorium Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien


27hb Jan 06 (Jumaat)

2.00-Pemeriksaan Petang
2.15-2.30-'Flag Break
2.30-3.00-Taklimat 3.00-3.30-Kawad
3.30-3.40-Rehat
3.45-4.00-Mesyuarat 4.00-4.30-Mesyuarat
4.30-4.45-Taklimat Akhir
5.45-5.00-'Flag Down'
Nota:
Boy Scout
• B.S baru akan mula belajar World Bureau Award
• Tajuk: 1. Persetiaan & Undang-undang
• S.S.A/A.S.S.A – Latihan bermula (Senior B.S) Nota:
Venture
• Ulangkaji: Ikatan(Asas)
• Games
• Aktiviti-aktiviti lain
HOLIDAYS
29hb Jan 06, Chinese New Year
31hb Jan 06 bersamaan I Muharam 1427 Hijrah, Awal Tahun Hijrah (*Tertakluk pada perubahan)


Makluman
Perjumpaan pada 27hb Januari 2006 akan diadakan pada waktu petang bermula pada jam 2.00 hingga 5.00 petang

Selamat Datang


Selamat datang diucapkan kepada semua. Blog Pasukan Pengakap 1024 adalah yang pertama yang pernah dibuat oleh pasukan. Disini akan menyediakan beberapa maklumat dan gambar-gambar untuk tatapan semua. Jika ada kesilapan dan kekurangan saya meminta maaf. So enjoy yourself and Salam Berpengakap